Friday, June 5, 2015

Penting Sangatkah Menutup Aurat ? ( BAHAGIAN 2 )

Assalamualaikum,

Hari ini Alia akan sambung semula 'sebab2 Muslimah perlu mentup aurat dengan sempurna yang mengenai tajuk hari tu ....


KETIGA ~ SIMBOL KESUCIAN

Pakaian menutup aurat menjaga kesucian diri dan hati. Sama ada bagi pihak lelaki mahupun wanita. Perkara ini dapat difahami daripada tatacara yang diajarkan kepada para sahabat yang ingin meminta sesuatu daripada isteri2 Nabi. Mereka disarankan agar memintanya dari sebalik tabir. Firman Allah SWT :


Ertinya ; "Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati dan hati mereka."

                                                                             ( Surah Al-Ahzab ayat 53 )

Kita pasti bersetuju sekiranya mata tidak melihat, tentu sekali hati tidak berhasrat. Namun jika mata sudah melihat, maka hati akan mula mendetikkan sesuatu hasrat. Oleh sebab itulah, kita disuruh untuk menjaga pandangan dan menutup aurat dengan sempurna supaya kita dapat menjauhkan diri daripada maksiat mata. Tindakan ini juga mampu menjauhkan fitnah yang mungkin tercetus. 


Oleh yang demikian, pakaian menutup aurat merupakan solusi yang efektif bagi melenyapkan gejala penyakit hati. 


Okeylah, Alia sambung lain kali lah sebab ada benda lain yang Alia kena buat. Bye, kita sambung nanti .... Assalamualaikum ^,^

Monday, June 1, 2015

Penting Sangatkah Menutup Aurat?

Assalamualaikum,

Hari ini Alia nak kongsi satu tajuk iaitu 'Penting Sangatkah Menutup Aurat?'. Okey ... usrah kali ini sesuai untuk wanita2 dan anak2 remaja perempuan tapi kalau lelaki pun nak baca takde masalah sebagai tambahan pengetahuan kepada mereka.


Soalan :: Saya mempunyai prinsip hidup. Prinsip hidup saya ialah saya tidak akan melakukan apa sahaja pekerjaan tanpa mengetahui kepentingannya. Jadi, saya mohon dijelaskan mengapa saya perlu menutup aurat? Apakah kepentingannya dan faedahnya untuk saya berbuat begitu?

Bagi menjawab persoalan diatas, Alia ingin berkongsi sebuah artikel ringkas tentang "Mengapa kita wanita Muslimah perlu menutup aurat dengan sempurna." Jom kita perhatikan sama-sama.



PERTAMA ~ SIMBOL KETAATAN KEPADA ALLAH SWT

Perintah agar wanita menutup aurat merupakan perintah daripada Allah SWT dan tercatat di dalam Al-Quran. Oleh itu, wanita yang melaksanakannya merupakan wanita yang menzahirkan ketaatannya kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman :

Ertinya : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
                                                                                      (Surah Al-Ahzab ayat 59)



KEDUA ~ SIMBOL KEHORMATAN DAN KESOPANAN

Wanita yang menutup aurat dengan sempurna dikenali sebagai wanita yang menjaga kehormatan dan kesopanannya. Hasilnya, lelaki ajnabi berasa segan untuk mengganggu wanita tersebut. Berbeza dengan wanita yang mendedahkan auratnya. Firman Allah SWT :

Ertinya : "...dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." 
                                                                                        (Surah An-Nur ayat 60)


Itu sahajalah untuk hari ini ... Kita sambung esok pula ya mengenai tajuk ini. Kepentingannya ada lagi 6, so tunggu lah penantian Alia lagi ... assalamualaikum, bye ... ^,^