Friday, February 24, 2017

Bersabar itu Separuh daripada Iman

Assalamualaikum, 

Tajuk untuk hari ini adalah 'Bersabar Itu Separuh daripada Iman' . 

Maksud sabar menurut kaca mata saya dapat dimenteraikan kepada dua konteks iaitu dalam konteks Islam dan juga dalam konteks bahasa.

Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang pelu dan mesti wujud dalam diri setiap umat Nabi Muhammad SAW, ini adalah kerana sifat sabar adalah perkara yang paling asas dalam akhlak didalam agama Islam, bahkan ianya juga merupakan ibu kepada akhlak di seluruh dunia..... manakala....

Dari konteks bahasa pula, sabar bermaksud menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.



Mengikut kefahaman saya, bersabar ini mampu meningkatkan keimanan kita sebagai seorang muslim atau muslimah yang beragama Islam. Selain itu, Allah kebiasaannya akan menguji kita dengan ujian yang ditentukanNya untuk melihat adakah kita dapat bersabar dengan sesuatu ujian yang dihadapi? Allahu, hanya diri kita sahaja yang tahu jawapannya.



Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang dapat dituju kepada sifat bersabar ini. 

Daripada Surah Al-Anfaal ayat 66.




Mengikut ayat di atas, Allah telah mentafsirkan, jika kita bersabar kita diibaratkan telah mengalahkan dua ratus orang kafir. Masya Allah.... 




Maka, kita perlulah banyak bersabar jika ujian menimpa kita. 


Ini merupakan doa memohon kesabaran ^^

Itu sahaja untuk hari ini. Semoga apa yang dikongsi dapat difahami.


Friday, February 3, 2017

Maaf Sudah Lama

Assalamualaikum,


Saya Alia Haziqah ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak online dan aktif. Ini disebabkan oleh kesibukan diri dalam menuntut ilmu dan menyiapkan tugas-tugas yang diberikan daripada pensyarah-pensyarah. Itu sahaja untuk hari ini.



Harap anda memahami situasi saya sebagai pelajar IPTA. 

Bye dan assalamualaikum ^ ^