Monday, November 9, 2015

Ujian Seorang Anak

Assalamualaikum,


sori dah lama x update blog ... sebab Alia kurang balik sekarang, xpe lepas nie Alia akan selalu update sebab nanti Alia dah habis sekolah .



Okey back to my topic.



Apabila kita nampak mak kita 'buruk akhlak' di mana-mana, kita tegur seolah-olah kita anak soleh walhal teguran kita, nada suara, mimik muka, mirip seorang anak derhaka.



Peringatan buat anak ! 



1. Fahami ibu yg melahirkan kita dan dialah penyembah berhala, wajib juga kita berbuat baik dan taat padanya.



2. Fahami ilmu yg tinggi, agama yg baik, tertib kita yg mulia, tetapi kata2 kita penuh sindiran, perli-memerli atau diam tidak mahu bersapa, hanya kerana si ibu suka mengadu domba, mengumpat, menzalimi orang lain, maka tetap kita bukan anak yang baik.



3. Anak yg baik, mulia tingkah laku, manis wajahnya, baik tuturnya sekalipun telinganya sakit mendengar kata2 umpatan dan cerita2 buruk dari mulut ibunya.



TIP BUAT BAIK PADA IBU !



1) diam dan senyum geleng kepala. Hati istighfar.



2) sebut dan doa, ya Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir dgn niat supaya mak dgr 'teguran lembut' kita.



3) doakan mak tanpa jemu.



4) fahami sama ada si ibu sedang mengumpat atau meluahkan rasa hati. Bezakan dan dgr dgn lapang dada dan tetap menyuruhnya jgn terbawa-bawa melayan perasaan.



5) lakukan dgn senyuman, bukan senyum sinis tapi senyuman kasih yg membawa mksud, 'sudahlah tu ibu... dah yer ibu....'



6) ubah topik bila ibu mengumpat bagitahu kita.



Sori nie je yg mmpu ... harap memahami...