Bercelak bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah SAW, malah ia memberi bnyk manfaat pada kesihatan mata yang diakui sendiri oleh Baginda SAW. Ayuh kita lihat bagaimana celak yg menepati sunnah dan memberi manfaat kesihatan.
JENIS CELAK TERBAIK
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik celak bagi kamu ialah itsmid. Ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." (Riwayat Abu Dawud)
APA ITU ITSMID ??
Itsmid ialah sejenis batu yg berwrna hitam keperakan. Ia digunakan dalam pembuatan celak mata yg mana ia kemudiannya dihancurkan menjdi serbuk yg halus dan dicalitkan pada mata. Itsmid ini bnyak terdpt di negara Arab dan yg paling baik dapat dijumpai di Morocco.
10 MANFAAT ITSMID PADA KESIHATAN MATA !!
1) mencerahkan mata
2) membantu menghilangkan rabun mata
3) menguatkan saraf optik
4) merehatkan ketegangan mata
5) menghilangkan kurap pada kelopak mata
6) mengurangkan kedutan pada kelopak mata
7) membantu memudahkan pengeluaran air mata
8) menyahtoksik lembapan yang ada pada mata
9) membantu menyucikan mata secara semula jadi
10) melindungi mata daripada habuk yang berada di udara
RAMUAN ITSMID DENGAN CAMPURAN BAHAN SUNNAH
1. Itsmid + Serbuk kasturi = mmbntu mengatasi rabun tua bgi org dewasa dan warga emas
2. Itsmid + Madu (dicairkan di dlm air) = melegakan sakit kepala apabila disapu pada hujung kelopak mata
CARA BERCELAK !!
SAPU 3 CALITAN PADA SETIAP MATA
Menurut Ibn Abbas, Baginda SAW memiliki satu alat bercelak yg digunakan untuk memakai celak pada setiap mlm, 3 calitan di sebelah mata kanan dan 3 calitan di sebelah mata kiri. (Riwayat al-Tirmizi)
WAKTU TERBAIK BERCELAK
PADA WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR
Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda : "Hendaklah kamu bercelak dengan itsmid ketika hendak tidur kerana ia mencerahkan mata dan menumbuhkan bulu mata." (Riwayat Ibn Majah)
HUKUM MEMAKAI CELAK
Bercelak mempunyai dua tujuan iaitu perubatan dan perhiasan. Para sahabat Nabi menggunakan celak untuk pengubatan mata kerana itu ia dipakai sebelum tidur.
PENDAPAT MAZHAB
SYAFI'I & HAMBALI = Digalakkan bagi lelaki mahupun wanita kerana ia merupakan sunnah Rasulullah SAW
HANAFI & MALIKI = Makruh bercelak bagi lelaki untuk tujuan perhiasan kerana menyerupai wanita
Itu jelah untuk hari ini. Harap membantu anda semua untuk memahaminya.
Bye, assalamualaikum. ^,^