Thursday, January 7, 2016

Bangun Solat Subuh !!!

Assalamualaikum


Sori dah lama tak update ... Tajuk hari ini mengenai solat subuh



Solat subuh berjemaah di masjid bagi lelaki dan solat subuh pada awal waktu bagi wanita adalah isu penting yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam. Persoalaannya bukan hanya bagi menambah pahala kepada setiap individu Muslim, tetapi demi pembangunan umat Islam.



Selain itu, orang yang meninggalkan solat subuh berasa malas sepanjang hari, hatinya mudah terasa dan jiwanya menjadi kacau.



Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW menyatakan::



" Syaitan mengikat hujung kepala seseorang antara kalian yang sedang tidur dendan tiga ikatan. Tiap-tiap ikatan itu menjadikan kalian menganggap malam masih panjang dan menyambung tidur. Apabila seseorang antara kamu itu bangun seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu ikatan. Apabila dia berwuduk, maka terbukalah satu ikatan lagi. Apabila dia mendirikan solat, terbukalah satu ikatan seterusnya. Maka, dia menjadi bersemangat dengan jiwa yang segar. Sekiranya tidak, dia akan berasa malas dan kusut jiwanya."



(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari)


TIP MUDAH SOLAT SUBUH 

1) Ikhlas

2) Mempunyai azam yang kuat

3) Tidur lebih awal

4) Menjauhi dosa dan maksiat

5) Jangan makan terlalu kenyang

6) Selalu mengingati kelebihan solat subuh

7) Mengikut cara tidur Rasulullah SAW

8) Menggunakan cara yang dapat membantu kita bangun daripada tidur

Contoh : 
- penggunaan jam loceng
- meminta anggota keluarga mengejutkan
- mengajak teman dan tetangga bersama-sama menjaga solat subuh 

9) Terus berzikir dan menyalakan lampu ketika bangun

10) Berdoa

11) Tepuk bantal dan cakap kat bantal "kejut saya pukul 5 pagi tau !" ( kadang-kadang jadi kalau Alia buat and kadang-kadang x jadi )

Tu jelah for today !! Harap tajuk kali ini dapat membantu anda mengubah diri masing-masing ke arah yang lebih baik .... Assalamualaikum, bye ! ^^

No comments: